|
Undang-Undang Kesalahan Terhadap Diri Aspek-Aspek Yang Terpilih Edisi Kedua
SKU: 9836270809
PENULIS: Abd. Aziz Hussin ISBN: 9836270809 HALAMAN: 151 TAHUN CETAKAN: 2001 |
SINOPSIS:
Skop undang-undang kesalahan terhadap diri amat luas dan tidak mampu diperkatakan semuanya di dalam sebuah buku khususnya untuk pembaca umum. Memandangkan aspek ini begitu dekat dengan diri individu dan mempunyai kesan langsung terhadap individu, masyarakat, malah generasi; penulis memilih enam aspek kesalahan yang tergolong sebagai "kesalahan" yang kerap berlaku, malah sesetengahnya mencapai tahap yang teruk dan perlu mendapat perhatian segera daripada pelbagai golongan masyarkat, institusi kehakiman dan pihak yang berkuasa. Penyeksaan terhadap kanak-kanak, jenayah rogol, bunuh diri, peras ugut, pelacuran dan pengguguran anak perlu dibenteras melalui penggubalan akta dan penguatkuasaan undang-undang yang tertentu. Status yang diperuntukkan bagi kesalahan yang tersebut itu hendaklah ditafsirkan dengan adil agar hak mereka yang terlibat dilindungi dan mereka diadili dengan saksama.