LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Trauma: Kecederaan Anggota dan Rawatannya
Trauma: Kecederaan Anggota dan Rawatannya
SKU: 9789834606961
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Wan Faisham Wan Ismail

ISBN:  9789834606961

HALAMAN:  224

TAHUN CETAKAN:  2011

Senarai Harga | RM 40.00
Harga Jualan | RM 32.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Kemalangan terjadi tanpa diduga! Mungkin kita pernah tercedera ataupun terlibat menolong mangsa kemalangan. Pengetahuan asas tentang kecederaan adalah penting untuk membantu mangsa yang tercedera, dan juga memberikan rawatan kecemasan. Rawatan kecederaan, terutamanya pada anggota, telah berkembang maju dan berjaya mengurangkan kecacatan di samping mengembalikan fungsi anggota seperti sediakala. Kefahaman tentang pengetahuan asas patah anggota dan asas rawatannya adala penting, terutamanya kepada mangsa yang tercedera dan juga ahli keluarga mereka. Buku ini mengupas tentang kecederaan am dan patah anggota secara khusus. Perkara yang dibincangkan termasuklah asas rawatan, pemeriksaan dan rawatan khusus dan merawat patah anggota. Rawatan susulan dan pemulihan dapat membantu mangsa kemalangan, di samping pertolongan daripada ahli keluarga, yang membantu mangsa untuk segera sembuh. Asas rawatan dan cara membantu mangsa di tempat kemalangan juga dibincangkan. Bahasa yang digunakan adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Di samping itu, gambar foto klinikal dan pembedahan juga disertakan untuk memberikan lebih kefahaman kepada pembaca. Penerangan yang terperinci tentang masalah dan komplikasi yang dialami oleh pesakit turut diberikan.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder