LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik
Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik
SKU: 9789836283177
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Awang Sariyan

ISBN:  9789836283177

HALAMAN:  140

TAHUN CETAKAN:  2015

Senarai Harga | RM 20.00
Harga Jualan | RM 16.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik ini dihasilkan khusus untuk membantu para pelajar dan pendidik menghasilkan tulisan atau karangan yang bermutu. Pengarang menegaskan bahawa syarat asas penghasilan tulisan yang bermutu ialah kepatuhan kepada kaedah mengarang yang tertib yang terbahagi kepada tiga tahap. Tahap pertama ialah tahap persiapan atau prapenulisan; yang kedua ialah tahap penulisan sebenar; sementara yang ketiga ialah tahap penyemakan atau pascapenulisan. Penulis yang berdisiplin tidak harus mengabaikan proses mengarang secara tertib itu. Dalam penghasilan karangan pula, penulis menggunakan pendekatan pembinaan wacana, iaitu sesuatu tulisan, biar apa pun bentuk atau jenisnya, mestilah disusun dengan menitikberatkan ciri binaan wacana yang utuh, antara kesatuan , kepaduan dan jalinan gagasan. Jika wacana dapat dianalogikan dengan hidangan makanan yang terhasil daripada resipi dan gaya olahan masakan yang baik, maka penghasilan karangan yang baik banyak bergantung pada pengolahan gagasan dengan cara yang baik juga. Demikian juga, jika hidangan makanan yang baik bermula denga pemilihan ramuan atau bahan yang bermutu, maka karangan yang baik dapat dihasilkan hanya apabila penulis menguasai unsur-unsur pembentuk wacana dengan baik, khususnya unsur kata dan ayat yang berkesan. Buku yang terdiri daripada 21 bab ini menggunakan asas retorik dan stilistik dalam penghasilan karangan, hatta untuk karangan deskriptif, teknis dan profesional. Langkah-langkah mengarang diberikan peringkat demi peringkat dengan contoh yang jelas dengan bantuan rajah serta ilustrasi. Buku ini dapat dianggap memberikan maklumat dan bimbingan dari A hingga Z tentang penulisan yang berkesan. Selain pelajar dapat menggunakan buku ini sebagai pedoman untuk menghasilkan karangan yang baik, pendidik pula dapat menggunakannya sebagai petunjuk untuk mengajar penulisan kepada pelajar menurut proses yang tertib. Dalam kalangan lain seperti pegawai tadbir sesuai juga menggunakan buku ini untuk menghasilkan tulisan yang berkaitan dengan tugas sehari-hari mereka.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder