|
Siri Penghayatan Puisi Tradisional: Kenali Puisi Tradisional Kita
SKU: 9789834611798
PENULIS / PENYELENGGARA: Siti Zaleha M. Hashim ISBN: 9789834611798 HALAMAN: 80 TAHUN CETAKAN: 2014 |
SINOPSIS:
Puisi tradisional merupakan cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang diwariskan kepada masyarakat dalam bentuk tradisi lisan dan tulisan. Puisi tradisional yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk mempunyai falsafah untuk melahirkan pemikiran baharu yang sesuai dengan zaman ketika itu. Pemikiran ini diungkapkan melalui hasil kreatif yang menarik dalam bentuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa lengkap, teromba, talibun, prosa berirama, mantera dan dikir. Buku ini mengajak pembaca mengkaji dan memahami falsafah dan fungsi setiap puisi tradisional sebagai satu alat komunikasi masyarakat dahulu dan menyesuaikannya dengan masyarakat moden.