|
Sejarah dan Media Baharu
SKU: 9789834615345
PENULIS / PENYELENGGARA: Shakila Yacob, Rosilawati Zainol ISBN: 9789834615345 HALAMAN: 219 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu yang asing, malah menjadi suatu keperluan pada masa kini. Penggunaan ini bukan sahaja terhad kepada penggunaan komputer dan internet, malah telah bergerak beberapa langkah ke hadapan dengan kehadiran perkakasan elektronik seperti telefon pintar, komputer riba, CD-Rom, kamera, digital dan sebagainya. Hal ini termasuk media sosial seperti facebook, twitter, blog dan banyak lagi. Penggunaan media baharu ini semakin pesat berkembang dan menjadi pemangkin kepada pendemokrasian pendidikan. Buku ini menghuraikan kepentingan penggunaan media baharu sebagai satu pendekatan baharu dan inovatif dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran sejarah pada peringkat sekolah dan juga universiti lebih menarik. Dimulai dengan penerangan tentang media baharu dan perkembangan terkini dalam bidang sejarah, buku ini seterusnya memuatkan perkembangan serta cabaran jurang digital di Malaysia. Hal ini diikuti penerangan terperinci berkenaan dengan sumber dan penggunaan internet yang telah menrevolusikan pendidikan sejarah. Buku ini menjadi sumber rujukan kepada pendidik, pelajar, penyelidik dan mereka yang berminat dalam bidang sejarah. Ditulis oleh dua orang pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang Sejarah dan juga perisian teknologi terkini, buku ini merupakan sebuah karya akademik yang amat sesuai digunakan sebagai rujukan pendidik dan pelajar sejarah.