|
Sayang Sarawak
SKU: 9789834618209
PENULIS / PENYELENGGARA: Idris Boi ISBN: 9789834618209 HALAMAN: 1,145 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Buku ini memaparkan fiksyen sejarah yang berdasarkan sejarah Sarawak pada penghujung era penguasaan Kesultanan Brunei sebelum jatuh ke tangan penjajah Inggeris melalui James Brooke. Fiksyen sejarah ini berlatarkan masa awal abad ke-19, iaitu pada zaman pergolakan politik tempatan dan kemasukan kuasa Inggeris di kepulauan Borneo. Keadaan di Sarawak yang agak gawat ketika itu akibat rasuah dan penyelewengan yang berleluasa dalam kalangan pembesar Sarawak, ditambah dengan kegiatan lanun yang bermaharajalela di perairan Sarawak, jaga pemberontakan oleh pembesar dan penduduk tempatan kerana tidak berpuas hati dengan pemerintah Sarawak, Pengiran Indera Mahkota, akhirnya telah membuka peluang kepada James Brooke untuk berkuasa di Sarawak. Kekuatan buku ini terletak pada tema sejarah dan persoalan besar tentang jatuh bangun kuasa politik tempatan. Ia merupakan subjek besar yang diterokai dengan penuh bergaya oleh penulis. Fiksyen sejarah ini pastinya mampu memberikan kesan epik yang sangat menarik kepada pembaca.