|
Saringan Kesihatan: Pengesanan Awal Penyakit
SKU: 9789834609542
PENULIS / PENYELENGGARA: Razana Zakaria, Rahimah Zakaria, Zahiruddin Othman ISBN: 9789834609542 HALAMAN: 88 TAHUN CETAKAN: 2011 |
SINOPSIS:
Buku ini bertujuan memberikan panduan kepada pembaca untuk memahami aspek pencegahan penyakit secara umum melaui pemeriksaan kesihatan. Fokus buku ini adalah untuk mencegah penyakit peringkat sekunder, iaitu ujian saringan serta keberkesanannya dalam mengesan penyakit lebih awal. Maklumat yang terkandung di dalamnya akan memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang ujian saringan khususnya untuk keobesan, penyakit darah tinggi, kencing manis, hiperkolesterolemia, kanser payudara dan kanser serviks. Buku ini juga membincangkan serba sedikit tentang ujian saringan pelbagi kanser yang semakin popular dan keberkesannya dalam mengesn penyakit lebih awal. Aspek psikologi dalam ujian saringan juga disentuh secara ringkas untuk membantu pembaca membuat persediaan psikologi terutama apabila terpaksa menjalani ujian saringa HIV serta mengetahui implikasinya sekiranya ujian saringan dilakukan tanpa mengikut garis panduan yang ditetapkan.