|
Rawatan Diabetes
SKU: 9789834611255
PENULIS / PENYELENGGARA: Ab. Aziz Al-Safi Ismail, Shareen Nui ISBN: 9789834611255 HALAMAN: 99 TAHUN CETAKAN: 2014 |
SINOPSIS:
Bayangkan anda bersembang panjang dengan seorang pesakit diabetes. Keadaannya amat mendukacitakan. Beliau sudah 20 tahun menghidap diabetes, malangnya tidak terkawal dengan baik. Pelbagai komplikasi telah beliau alami antaranya mata kabur, buah pinggang rosak, kaki kanannya terpaksa dipotong dari bawah lutut setelah beberapa minggu dijangkiti kuman dan yang terbaharu kaki kirinya kerana masalah yang sama. Lebih malang lagi, beliau terpaksa turun naik mahkamah syariah kerana isterinya menuntut cerai, lantaran tidak lagi mampu memberikan nafkah zahir dan batin. Banyak lagi kisah yang mungkin lebih menyayat hati seorang penghidap diabetes yang kronik. Hakikiatnya, penghidap diabetes berdepan pelbagai komplikasi jika diabetesnya tidak terkawal. Renungkan sejenak tentang masa depan yang bakal dilalui jika diabetes tidak lagi mampu dikawal. Apakah bacaan gula dalam darah sentiasa di bawah kawalan atau sebaliknya? Bagaimana berdepan dengan keadaan hipoglisemia atau hiperglisemia? Temui jawapannya di dalam buku ini, agar maklumat yang berguna ini dapat disampaikan kepada orang ramai khususnya penghidap diabetes.