![]() |
Penyelesaian Kes Kebankrapan di Mahkamah Tinggi Malaysia dan Pengadilan Niaga di Indonesia
SKU: 9789834607135
PENULIS / PENYELENGGARA: Tata Wijayanta ISBN: 9789834607135 HALAMAN: 297 TAHUN CETAKAN: 2014 |
SINOPSIS:
Buku ini membincangkan dan membandingkan Keberkesanan penyelesaian kes Kebankrapan dari segi keberkesanan akta, bidang kuasa mahkamah, tatacara kebankrapan di mahkamah, pentadbiran harta bankrap serta kesan kebankrapan secara keseluruhan di Malaysia dan di Indonesia. Memang tidak dapat dinafikan sama ada Pindaan Akta Kebankrapan Malaysia dan Penyemakan Akta Kebankrapan Indonesia ini telah banyak membawa pembaharuan positif dalam penyelesaian kes kebankrapan, tetapi sejauh manakah kedua-dua akta kebankrapan tersebut berkesan dalam menjamin faedah bagi penghutang dan pemiutang? Atau sudah tiba masanya Indonesia ataupun Malaysia menimbangkan reformasi peruntukan akta kebankrapannya masing-masing. Justeru, buku ini sangat bermanfaat bagi para pelajar dan pengamal undang-undang, sama ada hakim, pendaftar dan peguam cara yang menceburi bidang kebankrapan.
![]() |
![]() |