|
Pentaksiran Pembelajaran
SKU: 9789834605643
PENULIS: Azizi Ahmad ISBN: 9789834605643 HALAMAN: 159 TAHUN CETAKAN: 2010 |
SINOPSIS:
Buku ini dihasilkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pendidik, pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan konsep pentaksiran pembelajaran yang diamalkan di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang mementingkan keberkesanan dalam menjalankan pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai. Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan proses pembelajaran berterusan dan dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan agar pendidik dan guru boleh menentukan bentuk bantuan dalam meningkatkan prestasi pelajar. Pelajar akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri. Pada masa yang sama akan terdapat perubahan pola yang dijangkakan. Prestasi dan kebolehan pelajar akan dapat dilihat dan dikesan. Dengan kaedah pentaksiran sebagai alat untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau kekurangan yang dihadapi. "