|
Pentadbiran dan Amalan Kerja Sosial
SKU: 9789836297976
PENULIS: Sabitha Marican et al. ISBN: 9789836297976 HALAMAN: 306 TAHUN CETAKAN: 2008 |
SINOPSIS:
Pentadbiran agensi sosial yang berkesan akan wujud jika mereka yang terlibat berjaya membangunkan sebuah agensi yang memudahkan klien mendapatkan perkhidmatan. Bagi mengendalikan agensi sosial, seseorang pentadbir perlu mempunyai latihan dalam etika profesional serta mempunyai kesedaran terhadap fungsi kerja sosial dan kemudahan yang ada untuk membangunkan organisasi berdasarkan keperluan manusia. Walaupun gaya penulisan buku ini bersifat akademik, namun ia tidak menghalang mereka yang bergiat dalam kerja sosial atau orang awam membaca buku ini kerana gaya penulisannya menarik dan mudah difahami oleh pelbagai individu yang ingin mendalami dan meningkatkan pengetahuan mereka tentang pentadbiran dan amalan kerja sosial. Seramai enam pensyarah yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang ilmu yang menjurus ke arah pentadbiran dan amalan kerja sosial telah menyumbangkan penulisan masing-masing untuk mnghasilkan sebuah buku tentang pentadbiran dan amalan kerja sosial yang lengkap, mantap dan bermaklumat.