LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Pengurusan Konflik
Pengurusan Konflik
SKU: 9836286845
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Mohd. Foad Sakdan

ISBN:  9836286845

HALAMAN:  423

TAHUN CETAKAN:  2005

Senarai Harga | RM 45.00
Harga Jualan | RM 36.00
cart.soldout
 

SINOPSIS:

Konflik itu sering dihubungkaitkan dengan pegaduhan, pertelingkahan, keganasan dan kemusnahan. Jarang sekali kita diberikan gambaran bahawa konflik itu membawa kebaikan dan keharmonian. Apa yang sering berlegar dalam minda kita ialah bagaimanakah sesuatu konflik boleh terjadi, dan cara untuk mengatasi konflik dan bagaimana untuk berhadapan dengan konflik. Tanggapan sebegini menyebabkan kita sering bimbang, takut dan cuba melarikan diri daripada berhadapan dengan konflik. Dalam masa yang sama, bagi mereka yang suka berkonflik pula ditafsirkan sebagai individu yang bermasalah dan sebagainya. Begitulah kepelbagaian pandangan dan tanggapan terhadap konflik. Hakikatnya konflik merupakan suatu sifat semula jadi yang wujud dalam diri manusia. Konflik sentiasa bersama dan berkembang secara dinamik seiring dengan perkembangan manusia. Konflik boleh berlaku sama ada pada seseorang individu, kumpulan mahupun organisasi. Setiap kali berlakunya konflik, pastinya akan memberikan impak kepada pihak yang terlibat sama ada dari sudut positif atau negatif yang secara tidak langsung mampu mempengaruhi prestasi dan produktiviti seseorang dan organisasi secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, pemahaman terhadap konflik akan memudahkan proses peramalan, pengawalan, perubahan dan penyelesaian kepada masalah yang wujud. Dalam konteks ini, usaha awal yang perlu diteliti adalah dengan mengenal pasti sumber, faktor serta jenis konflik, sebelum proses pengurusan konflik iaitu peringkat penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan dilaksanakan. Diharapkan dengan adanya buku ini sedikit sebanyak akan memberikan pedoman dan penjelasan bahawa konflik itu sesuatu yang semestinya kita hadapi dan sewajarnya diuruskan dengan sempurna dan adanya anjakan paradigma yang positif terhadap konflik. Tanggapan yang selama ini meletakkan konflik itu negatif sewajarnya diubah suai kepada suatu persepsi yang lebih bemakna agar konflik dapat merangsang kepada kebaikan. Ini secara tidak langsung akan dapat meingkatkan prestasi dan produktiviti individu dan organisasi, di samping mengikat serta mengutuhkan hubungan kemasyarakatan secara keseluruhannya.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder