LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Pendidikan Keusahawanan dalam Konteks Pembangunan Negara
Pendidikan Keusahawanan dalam Konteks Pembangunan Negara
SKU: 9789834600792
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Ab. Aziz Yusof

ISBN:  9789834600792

HALAMAN:  461

TAHUN CETAKAN:  2009

Senarai Harga | RM 35.00
Harga Jualan | RM 28.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Pemupukan nilai keusahawanan merupakan nadi kepada institusi pendidikan yang mahu memastikan pelajar memiliki kelebihan kompetitif yang tersendiri. Sebagai modal insan yang paling berharga pelajar bakal berperanan untuk menguruskan organisasi. Kejayaan mengurus organisasi dengan berkesan banyak dipengaruhi oleh kesediaan dan kemampuan pendidik untuk membuka minda pelajar agar bersedia merebut peluang dan mengambil faedah apabila berhadapan dengan ancaman. Pelajar sedemikian akan lebih bersedia untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya atau diterima sebagai satu cara hidup. Kemampuan pendidik membangunkan pelajar bergantung pada kesediaan mereka melihat kursus atau subjek yang diajarkan mempunyai nilai keusahawanan yang tersendiri. Justeru, setiap pendidik perlu mengetahui, memahami dan mengakui bahawa setiap kursus yang diajarkan memiliki nilai keusahawanan yang perlu dipupuk dalam pelbagai peringkat pembelajaran yang dilalui oleh pelajar. Bagi menjayakannya, pendidik perlu bijak mengeksploitasi minda, mengenal pasti potensi, menyerlahkan bakat dan meyakinkan pelajar melalui pendidikan keusahawanan. Kepakaran, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi yang dimiliki oleh pendidik bakal membolehkan mereka memiliki daya saing yang tinggi, berinsentifkan pengetahuan dan sedia berperanan sebagai pendorong, penggerak, pembimbing dan juga pemangkin. Faktor-faktor ini akan terus mengukuhkan kemampuan pelajar untuk berperanan sebagai pencipta pekerjaan bukan setakat bercita-cita agar diambil bekerja.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder