|
Pemerintahan Raja dan Kerajaan Perlis
SKU: 9789834901950
PENULIS / PENYELENGGARA: Ramlah Adam et al. ISBN: 9789834901950 HALAMAN: 245 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Pemerintahan Raja dan Kerajaan Perlis memaparkan sistem pemerintahan beraja di Perlis yang diketua oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Perbincangan dalam buku ini merangkumi aspek sejarah, adat istiadat, agama Islam dan pembangunan negeri Perlis. Dalam buku ini dapat dilihat Raja Perlis merupakan pemerintah bagi negeri dan kerajaan Perlis itu sendiri. Pada zaman dahulu, dalam pelaksanaan raja mutlak, raja tidak mentadbir tetapi melaksanakan penmerintahan tanpa sebarang akta atau undang-undang bertulis. Pada hari ini di bawah Raja Berperlembagaan, baginda Tuanku Raja Perlis dinasihati oleh Menteri Besar untuk membuat keputusan dalam urusan pentadbiran negeri. Penerbitan buku ini diharapkan dapat memberikan maklumat terkini tentang kerajaan Perlis sebagai bahan rujukan untuk penyelidik, ahli akademik, dan juga pembaca umum. Maklumat ini penting didokumenkan dan dipelihara sebagai bahan sejarah untuk generasi kini dan akan datang.