|
Pembiakan dan Penternakan Siakap
SKU: 9789834607999
PENULIS / PENYELENGGARA: Nik Daud Nik Sin ISBN: 9789834607999 HALAMAN: 95 TAHUN CETAKAN: 2012 |
SINOPSIS:
Ikan siakap ialah spesies pertama yang diperkenaklan dalam sejarah perkembangan industri akuakultur negara. Spesies ini juga dianggap ikan yang 'ajaib' kerana boleh hidup di perairan air tawar, air payau dan juga air masin serta boleh bertukar jantinanya dari jantan menjadi betina. Hebat bukan? Itulah antara keistimewaan ikan siakap yang patut kita kenali dan fahami. Ikan siakap telah memberikan sumbangan yang bermakna dalam pengeluaran akuakultur negara. Ia diternak di dalam sangkar, kolam dan tangki sama ada di kawasan air masih, air payau mahupun di air tawar. Industri akuakultur ikan siakap boleh menjana pendapatan kepada pengusaha yang menceburinya dan boleh memberikan pulangan pelaburan yang menguntungkan dalam tempoh yang singkat. Melalui buku ini, pembaca boleh memahami tentang biologi ikan siakap, perihal pembiakan dan penternakan serta peluang pelaburan yang boleh diceburi. Buku ini juga bukan sekadar memberikan pengetahuan asas tentang pembiakan dan penternakan ikan siakap kepada bakal pengusaha tetapi juga boleh dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang ikan siakap khususnya.