|
Pembiakan dan Penternakan Jenahak
SKU: 9789834610319
PENULIS / PENYELENGGARA: Nik Daud Nik Sin, Nik Razali Nik Lah ISBN: 9789834610319 HALAMAN: 109 TAHUN CETAKAN: 2012 |
SINOPSIS:
Buku Pembiakan dan Penternakan Jenahak membincangkan kaedah pembiakan dan penternakan ikan jenahak yang merupakan antara spesies utama dalam industri akuakultur. Buku ini amat berguna terutamanya kepada pengusaha dan pelajar yang terlibat dalam bidang akuakultur. Kandungan buku merangkumi aspek biologi jenahak, pemilihan induk bagi tujuan pengeluaran telur, kaedah pembiakan, teknik penyediaan makanan bagi larva dan benih ikan, pengurusan larva dan kaedah penternakan. Selain itu, buku ini juga mengupas isu penyakit dan rawatan, serta analisis ekonomi ternakan sebagai panduan perancangan bagi pengeluaran benih ikan jenahak. Oleh itu, diharapkan dengan penerbitan buku ini dapat menambahkan lagi buku rujukan akuakultur dan seterusnya memberi peluang kepada pengusaha untuk mempertingkatkan ilmu pengetahun dalam bidang pembiakan dan penternakan ikan jenahak.