|
Panduan Penyusuan Bagi Ibu Berkerjaya
SKU: 9789834901912
PENULIS / PENYELENGGARA: Nik Hazlina Nik Hussain, Nazirah Johar, Intan Juliana ISBN: 9789834901912 HALAMAN: 117 |
SINOPSIS:
Buku ini merakamkan pengalaman peribadi setiap penulis, sebagai ibu yang berkerjaya, dalam mengharungi cabaran di sepanjang tempoh penyusuan anak-anak mereka. Masing-masing mempunyai permasalahan dan cara penyelesaian yang boleh dikongsi bersama agar dapat membuka minda ibu bapa untuk mula menyusukan anak mereka. Penulis berharap agar buku ini dapat dijadikan panduan oleh ibu-ibu serta bakal ibu, dan meningkatkan semangat untuk menjadi ibu yang istimewa. Buku ini ditujukan kepada ibu bapa secara umumnya, dan untuk ibu-ibu berkerjaya secara khususnya. Buku ini juga sesuai sebagai bahan rujukan untuk pegawai kesihatan seperti pakar nutrisi dan dietetik, pelajar perubatan, pelajar kejururawatan, dan sesiapa juga yang terlibat dengan kumpulan laktasi. Karya ini juga boleh dijadikan rujukan bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan kempen penyusuan ibu, khususnya bagi ibu berkerjaya.