|
Pabila Warna-warna Bertemu
SKU: 9789834605612
PENULIS: Halil Ali ISBN: 9789834605612 HALAMAN: 359 TAHUN CETAKAN: 2010 |
SINOPSIS:
Pabila Warna-warna Bertemu mengisahkan tentang pergolakan perpaduan kaum utama di Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 menyaksikan beberapa impak positif dan negatif dalam jiwa setiap anak bangsa yang lahir di Tanah Melayu. Namun, apabila wrna-warna ini dipertemukan dengan akal budi, kewarasan dan kasih sayang, beberapa masalah dapat diselesaikan dengan baik. Bangsa yang berlainan warna kulit, berbezsa pegangan agama dan kepercayaan, bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan akhirnya disatukan dalam integriti kaum yang majmuk. Kewujudan rukun tetangga sedikit sebanyak berjaya menyatukan tiga kaum utama di Malaysia. Namun, pergolakan dalaman masih wujud apabial isu-isu agama dan sejarah 13 Mei dibangkitkan. Perkahwinan campur antara Marlini, yang berketurutnan India dengan Syed Asyraf mendapt tentangan hebat daripada keluarga masing-masing. Keutamaan darjat, keturunan dan sensitiviti agama menjadi penghalang penyatuan dua hati ini. Berjayakah mereka mengatasinya dengan cara yang tersendiri? Jawapannya terlerai dalam Pabila Warna-warna Bertemu.