|
Nutrisi Sukan
SKU: 9789834614287
PENULIS: D. Maryama Binti Ag. Daud ISBN: 9789834614287 HALAMAN: 358 TAHUN CETAKAN: 2015 PENERBIT: DBP |
SINOPSIS:
Nutrisi Sukan merupakan buku yang membincangkan kepentingan nutrisi secara komprehensif kepada prestasi atlet dan mereka yang terlibat dalam aktiviti fizikal. Pendekatan perbincangan yang digunakan sangat menarik, mudah dan ringkas. Hal ini bagi memastikan pembaca memahami konsep nutrisi dengan mudah sebelum mereka diperkenalkan kepada ciri-ciri dan fungsi yang lebih kompleks. Perbincangan dimulakan dengan pengenalan setiap nutrien, perbezaan keperluan dan fungsinya. Seterusnya bagi memastikan buku ini dapat digunakan oleh para pendidik, jurulatih dan atlet dengan lebih berkesan, ia membincangkan peranan dan fungsi setiap nutrien dalam aktiviti fizikal dan juga bagaimana pentingnya setiap nutrien dalam peningkatan prestasi atlet. Perbincangan turut mencadangkan pengambilan setiap nutrien tenaga serta latihan pengambilan dan adaptasinya. Di samping itu, peranan suplemen dan bantuan ergogenik dalam prestasi fizikal juga dihuraikan. Ringkasnya, buku Nutrisi Sukan ini bukan merupakan buku teori semata-mata, tetapi lebih berbentuk aplikasi nutrisi dalam sukan.