LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Menelusuri Jati Diri Srikandi Gaza
Menelusuri Jati Diri Srikandi Gaza
SKU: 9789834617448
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:

Zaharan Sulaiman

ISBN:

9789834617448

HALAMAN:

76

Senarai Harga | RM 15.00
Harga Jualan | RM 12.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku ini merupakan rakaman peribadi penulis menjelajah bumi Palestin ketika terlibat dalam misi A2G12-ER. Penulisan yang digarap hasil pengalaman ini membawa para pembaca menelusuri jalan-jalan yang dirobek oleh kebiadaban Zionis di bumi Gaza. Bahkan, jalinan hati yang dipaterikan bersama-sama warga Gaza turut dirasai kehangatannya lewat penulisan ini. Ungkapan yang diluahkan oleh warga Gaza dalam kalangan ibu-ibu pejuang, isteri-isteri mujahid merupakan mutiara yang tersemat baik di kalbu para pembaca. Di dalamnya terkandung pesan-pesan persaudaraan Islam, paparan keberanian dan kelelakian (rijal) Islam, keindahan kesabaran dak ketulusan ibadah. Buku ini memaparkan pengorbanan ibu-ibu di Gaza dalam mendidik dan memupuk semangat juang yang kental ke dalam hati anak-anak mereka sejak kecil lagi. Sewajarnyalah mereka digelar srikandi Gaza dengan jati diri yang patut dicontohi dan diikuti. Selamat membaca buku Menelusuri Jati Diri Srikandi Gaza. Semoga pembacaan anda diterima Allah sebagai satu ibadah dan satu langkah untuk memahami dan mendapatkan serba sedikit gambaran sebenar kehidupan di bumi Gaza.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder