|
Mencadat Sotong
SKU: 9789834610272
PENULIS / PENYELENGGARA: Ahmad Ali, Nor Azman Zakaria ISBN: 9789834610272 HALAMAN: 134 TAHUN CETAKAN: 2012 |
SINOPSIS:
Mencandat sotong boleh menjadi satu rekreasi yang menyeronokkan. Semuanya bergantung kepada persediaan mental dan fizikal. Sama seperti rekreasi lasak yang lain, mencandat sotong mestilah dipelajari dahulu sebelum perjalanan. Buku ini menyediakan banyak teknik dan petua yang perlu diketahui sebelum anda turun ke laut untuk mencandat. Ramai yang beranggapan perjalanan mencandat sotong sebagai sesuatu yang sangat menyeronokkan. Apa yang mereka bayangkan hanyalah keseronokan menarik sotong yang tersangkut pada mata candat, seperti yang ditayangkan di televisyen atau gambar-gambar yang mereka lihat di dalam majalah atau media-media lain. Apabila perkara sebaliknya berlaku seperti tidak memperoleh tangkapan sotong, laut bergelora, arus yang kuat, bot yang dinaiki tidak mempunyai tandas, mabuk laut dan lain-lain maka ramailah yang berasa serik, tidak mahu lagi terlibat dalam aktiviti mencandat sotong. Buku ini mengandungi tujuh bab berkaitan sotong dan mencandat sotong. Maklumat yang disediakan termasuklah sejarah mencandat sotong, perkembangan teknologi mencandat, biologi sotong dan kepelbagian spesies, peralatan mencandat, teknik mengikat dan membuat simpulan, teknik mencandat, panduan keselamatan dan program pemuliharaan sumber sotong. Maklumat yang dimuatkan berdasarkan pengalaman kedua-dua penulis yang telah lama berkhidmat di Jabatan Perikanan Malaysia (JPM), dalam bidang penyelidikan marin.