LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Memahami Komunikasi Orang Pekak
Memahami Komunikasi Orang Pekak
SKU: 9789834615710
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Abdullah Yusoff

ISBN:  9789834615710

HALAMAN:  245

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 25.00
Harga Jualan | RM 20.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Anda pernah bercakap atau berkomunikasi dengan orang pekak? Sama ada jawapan anda "ya" ataupun "tidak", yang pasti adalah sukar untuk memahami mereka. Disebabkan kita sukar memahami mereka, adakah wajar orang pekak disisihkan? Ketidakpedulian sesetengah anggota masyarakat terhadap orang pekak merupakan "penderitaan" yang tidak tertanggung oleh golongan ini. Oleh itu, Memahami Komunikasi Orang Pekak merupakan satu usaha murni atau "jambatan" bagi memudahkan proses perhubungan dengan mereka. Buku ini sebagai langkah permulaan penulis bagi membantu pembaca memahami orang pekak dalam pelbagai aspek. Selain memahami cara mereka berkomunikasi, pembaca juga didedahkan tentang kedudukan dan status bahasa isyarat mereka. Di samping itu, mengklasifikasikan orang pekak sama ada "cacat" atau "pengguna bahasa minoriti" merupakan persoalan baharu yang dikemukakan oleh penulis. Oleh hal yang demikian, buku ini wajar dibaca oleh semua, khususnya mereka yang berdamping dengan orang pekak bagi memudahkan kita memahami dan berkomunikasi dengan mereka. Dengan terbitnya buku ini diharapkan nasib warga pekak akan lebih terbela.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder