LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Kesihatan Wanita: Meniti Usia Emas
Kesihatan Wanita: Meniti Usia Emas
SKU: 9789834607128
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Nik Hazlina Nik Hussain

ISBN:  9789834607128

HALAMAN:  337

TAHUN CETAKAN:  2011

Senarai Harga | RM 30.00
Harga Jualan | RM 24.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Menjadi tua mungkin menakutkan bagi sesetengah orang sehinggakan sanggup berbelanja besar untuk kekal muda. Namun, yang pasti usia kita akan tetap meningkat dari setahun ke setahun dan mencecah ke usia emas sekiranya ditakdirkan berusia panjang. Kita sebenarnya tidak dapat lari daripada realiti kehidupan, iaitu setiap yang muda akan menjadi tua, setiap yang bernyawa pasti mati dan setiap yang sihat akan sakit. Namun, beberapa juga usia kita biarlah kita menjalani kehidupan ini dengan tahap kesihatan yang baik dan lebih berkualiti. Dalam menghadapi kehidupan pada usia emas, persediaan perlu dibuat dari segi mental dan fizikal. Persediaan perlu dibuat sewaktu sihat dan muda lagi. Kesihatan yang baik, kewangan yang mencukupi, tempat tinggal yang selesa dan selamat, dan pemakanan yang berkhasiat perlu diberikan perhatian. Ibarat kata perumpamaan, "sediakan payun gsebelum hujan". Buku ini ditulis khas untuk semua kaum wanita 1 Malaysia, tidak mengira usia, status atau bangsa. Kaum lelaki pula sama ada sebagai pasangan mahupun anak kepada wanita usia emas perlu membaca buku ini supaya lebih memahami perubahan yang berlaku dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Perubahan Fisiologi dan Hormon; Masalah Kesihatan, Rawatan dan Pencegahan; Gaya Hidup Sihat. Kami berharap kaum waita dapat memahami semua aspek kesihatan pada usia emas dan berseida untuk mengambil langkah-langkah yang dapat meningkatkan taraf kesihatan mereka pada masa hadapan. Semua orang tentu mengharapkan usia meningkat berlaku dengan sejahtera, dan menjalani kehidupan yang bermakna pada usia emas. Semoga usia yang lanjut diterima dengan penuh kesyukuran sebagai satu anugerah yang amat bernilai dan bukan suatu keperitan.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder