LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Kerja Mudah dengan The Geometers Sketchpad 4.06
Kerja Mudah dengan The Geometer's Sketchpad 4.06
SKU: 9789834614843
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Nor Hayati Haji Mt Ali

ISBN:  9789834614843

HALAMAN:  146

TAHUN CETAKAN:  2015

Senarai Harga | RM 20.00
Harga Jualan | RM 16.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Sudah tiba masanya pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ditransformasikan daripada kaedah konvesional kepada kaedah yang lebih canggih, dengan melibatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai bahan bantu mengajar terkini. Justeru buku yang diterbitkan ini sangatlah bersesuaian untuk diaplikasikan oleh para guru yang mengajar subjek Matematik di sekolah rendah dan menengah. Secara khususnya, buku ini menerangkan konsep berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tingkatan Lima bagi topik "Bumi sebagai Sfera" melalui aplikasi Perisian The Geometer's Skecthpad (GSP) 4.06. Buku ini juga sesuai digunakan oleh semua pelajar di pelbagai peringkat pengajian, khususnya matematik yang berkaitan dengan geometri. Melalui aplikasi Perisian GSP 4.06 yang diterangkan dalam buku ini, pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku secara dua hala, iaitu guru boleh bertindak sebagai fasilitator manakala para pelajar pula boleh meneroka sendiri kandungan pelajaran dalam sesuatu topik tertentu secara amali sehingga mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. Seterusnya, dengan mengaplikasikan sepenuhnya Perisian GSP 4.06 ini, penyampaian kandungan pelajaran oleh guru juga akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Hal ini ternyata dapat menjimatkan masa guru, terutama semasa membuat persediaan sebelum memulakan pengajaran dalam kelas.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder