|
Kembara Distonia
SKU: 9789834601843
PENULIS / PENYELENGGARA: Mohd Firdaus Ismail ISBN: 9789834601843 HALAMAN: 260 TAHUN CETAKAN: 2015
|
SINOPSIS:
Pada awal kehidupan Firdaus adalah seorang yang normal. Tiba-tiba ketika dewasa, dia telah diserang penyakit Distonia lantas hidupnya telah berubah secara langsung sehingga menyebabkan kakinya lemah. Seolah-olah tidak merasa deria rasa ketika berpijak ke bumi. Dia berusaha meneruskan kehidupannya dengan mencari segala penawar yang ada dengan menjumpai Mak Timah dan Cik Mail sebagai rawatan tradisional kerana doktor pakar juga tidak boleh berbuat apa-apa. Dalam keadaan yang harus ditempahinya itu, walaupun getir, sedikit demi sedikit telah memberi kesan ketika menjalani rawatan di pusat tradisional itu. Hanya sedikit perubahan saja yang menyinggah. Namun perubahan itu tidak kekal lama. Pasa masa yang sama, pelajaran di kolej tetap diteruskan walaupun terpaksa berulang-alik menjalani rawatan tradisional itu. Sokongan dan dokongan Laila Camelia sedikit sebanyak membuatkan hidup Firdaus terus untuk memandang ke depan. Persahabatan itu telah membuatkan satu perasaan menjelma. Adakah Laila Camelia memberi ruang kepada Firdaus soal persahabatan dan bertemukah Firdaus dengan penawar yang dicarinya?...