|
Kasih Sepanjang Jalan
SKU: 9789834615949
PENULIS / PENYELENGGARA: R.M. Jasni ISBN: 9789834615949 HALAMAN: 269 TAHUN CETAKAN: 2014 |
SINOPSIS:
Hilham ikhlas mencintai Safirah, dan dia tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, Safirah yang dipujanya sepenuh hati rupa-rupanya sudah bertunang. Ababila mengetahui perkara itu, Hilham terasa dirinya dikhianati. Rasa cinta bertukar menjadi benci, dan akhirnya Safirah luput dari ingatan. Kehadiran Melisah mengubat luka di hati Hilham. Kasih yang mula berputik berakhir dengan kekecewaan, apabila kedatanga Safirah mecairkan kemarahan dan kebencian Hilham terhadapnya. Takdir telah menentuka Safirah menjadi isteri Hilham. Rasa cemburu dan hasutan teman-teman membuat Safirah menaruh syak wasangka akan hubungan Hilham dengan Melisah. Keputusan yang terburu-buru akhirnya membawa sesalan dan derita. Sedang Hilham bersedih dan berduka, ibunya mendesak Hilham supaya menerima Enim, gadis kampung yang amat disayangi ibu Hilham. Mampukah Hilham mencapai kebahagian yang diidam-idamkannya, sedangkan dia tersepit antara kehendak hatinya sendiri dengan kehendak ibunya, juga janjinya dengan Safirah?