|
Kamus Tamil-Melayu Dewan
SKU: 9789834607357
PENULIS / PENYELENGGARA: DBP ISBN: 9789834607357 HALAMAN: 673 TAHUN CETAKAN: 2013 |
SINOPSIS:
Kamus Tamil-Melayu Dewan ini merupakan kamus dwibahasa pertama yang disusun khusus untuk pengguna yang bahasa pertama mereka ialah bahasa Tamil. Kamus ini disasarkan untuk pelajar yang tahu berbahasa Tamil yang perlu meningkatkan penguasaan dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan Malaysia dan bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kamus Tamil-Melayu Dewan ini mengandungi 10,376 entri yang terdiri daripada kata-kata umum dalam bahasa Tamil yang digunakan dalam buku sekolah, akhbar dan media massa. Dengan padanan bahasa Melayu yang diberikan kepada setiap entri bahasa Tamil, cakupan perbendaharaan kata dalam kamus ini diharapkan mencukupi untuk membantu para penggunannya menguasai bahasa Melayu dengan lebih cekap dan cepat untuk tujuan pembelajaran dan komunikasi.