|
Kaedah Penyelidikan Pendidikan
SKU: 9789836214041
PENULIS: Mohd. Majid Konting ISBN: 9789836214041 HALAMAN: 599 TAHUN CETAKAN: 2009 |
SINOPSIS:
Kaedah Penyelidikan Pendidikan ialah buku tentang teori dan amalan penyelidikan dalam bidang pendidikan. Buku ini menghuraikan konsep penyelidikan dengan penekanan terhadap penggunaannya dalam bidang pendidikan. Pendedahan yang mencakupi tentang latar belakang, perancangan, pelaksanaan dan penyempurnaan penyelidikan yang sistematik dan cekap diberikan dengan contoh yang mudah. Perancangan, pemprosesan dan penganalisisan data dengan menggunakan lima perisian komputer kerangka utama (SPSS, SPSS* dan SAS) dan komputer personal (SPSS/PC + dan SAS-PC) yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan dan sosial dijelaskan. Dengan persembahan dan perbincangan yang teratur dan mudah, di samping penggunaan teknologi komputer untuk merancang serta memproses dan menganalisis data, buku ini memang berguna kepada masyarakat khususnya golongan penyelidik, pentadbir, guru dan pelajar pendidikan untuk menjalankan penyelidikan bagi mengkaji dan membantu menyelesaikan masalah dan cabaran pendidikan.