|
Gadisku Bacalah…
SKU: 9789834609115
PENULIS / PENYELENGGARA: Azriani Ab. Rahman, Mohd Ismail Ibrahim ISBN: 9789834609115 HALAMAN: 114 TAHUN CETAKAN: 2011 |
SINOPSIS:
Zaman gadis remaja ialah fasa kehidupan terindah namun sarat dengan godaan. Perasaan ingin dicintai dan mencintai memang fitrah, namun andai tidak dikendalikan dengan bijaksana, hidup dan masa depan boleh binasa. Apabila gadis telah dewasa, seboleh-bolehnya hanya kenangan manis ingin diimbau, berbangga dengan diri sendiri kerana telah berjaya mengemudi alam remaja sebaiknya dan menjadi orang dewasa yang berjaya. Justeru, dengan mengabungkan unsur-unusr perubatan, sosial dan kerohanian, buku ini mengupas perubahan fizikal, biologi dan emosi, dan kesan akibat ketelanjuran cinta seperti kehamilan seusia muda dan penyakit jangkitan daripada perilaku seksual yang tidak terbatas. Kesemua ini merupakan elemen penting sebagai bekal jalanan gadis mengemudi bahtera keremajaan.