LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Ensiklopedia Sains dan Teknologi Jilid 6: Matematik
Ensiklopedia Sains dan Teknologi Jilid 6: Matematik
SKU: 503796685101
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Panel UTM

ISBN:  9836273328

HALAMAN:  493

TAHUN CETAKAN:  2005

PENERBIT:  DBP & UTM

Senarai Harga | RM 260.00
Harga Jualan | RM 208.00
cart.soldout
 

SINOPSIS:

Jilid Matematik ini mengandungi kira-kira 331 kata masukan yang komprehensif, tepat, mudah dibaca, jelas dan terkini yang mencakupi lima subbidang utama, iaitu Aljabar, Aritmetik, Geometri, Kalkulus, dan Statistik. Beberapa kata masukan daripada pengkhususan yang berkaitan dengan subbidang utama seperti Trigonemetri, Kaedah Berangka, dan Persamaan Terbitan turut diliputi. Bagi menjadikan ia sumber rujukan yang mempunyai autoritatif dan berwibawa, kata masukan bagi rujukan silang turut disisipkan antara artikel kata masukan. Jilid ini juga berjaya menggembleng dan mengetengahkan kira-kira 66 orang pakar tempatan, politeknik, maktab, sekolah, pusat penyelidikan, badan kerajaan, badan bukan kerajaan, dan persatuan profesional dari seluruh negara. Di samping itu, jilid ini turut dilengkapi dan diseri dengan peragaan ilustrasi yang sebahagian besar merupakan gambar foto berwarna. Supaya jiild ini menjadi lebih menarik, setiap penampilan ilustrasi ditekankan bagi memenuhi keperluan kepenggunaan, di samping menerapkan ciri tarikan dan estetika. Sebahagian besar kata masukan yang termuat dalam jilid ini turut menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga bahan bacaan lanjutan bagi memudahkan para pembaca menambah pengetahun tentang kata masukan yang berkaitan.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder