LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Ekonomi Politik Islam: Teori dan Falsafah
Ekonomi Politik Islam: Teori dan Falsafah
SKU: 9789834614027
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Mohd Syakir Mohd Rosdi

ISBN:  9789834614027

HALAMAN:  211

TAHUN CETAKAN:  2014

Senarai Harga | RM 30.00
Harga Jualan | RM 24.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Ekonomi Politik Islam merupakan gabungan falsafah ekonomi Islam dan falsafah politik Islam. Buku ini selain membincangkan ekonomi politik Islam dari segi teori dan falsafah, juga memuatkan rangka pelaksanaan dan implikasi yang diguna pakai sebagai satu rangka politik pembangunan masa kini. Buku ini tidak membincangkan aspek ekonomi dari sudut angka dan aspek politik dari sudut praktisnya tetapi lebih membincangkan aspek teori. Perbincangan secara umum tentang teori dan falsafah akan memudahkan pembaca memahami susun atur bidang tersebut yang akan memungkinkan pembaca memahami kepentingan ekonomi politik Islam ini dilaksanakan. Antara perbincangan buku ini termasuklah pembangunan politik, pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan berdasarkan konsep keadilan dan kebajikan serta tanggungjawab insan sebagai khalifah dan hamba Allah berdasarkan al-Qur'an dan hadith. Bidang ini masih baharu diperkenalkan. Sehingga kini tiada buku yang diterbitkan dalam bidang ini. Oleh itu, buku ini boleh dijadikan rujukan yang utama bagi para pelajar dalam bidang ekonomi politik Islam di mana-mana institusi pengajian tinggi yang memperkenalkan bidang Ekonomi Politik Islam.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder