|
Daun
SKU: 9789834600822
PENULIS / PENYELENGGARA: Malim Ghozali PK ISBN: 9789834600822 HALAMAN: 369 TAHUN CETAKAN: 2008 |
SINOPSIS:
Buah tangan Malim Ghozali PK yang ketiga selepas Redang dan Janji Paramaribo, Daun memberikan penekanan terhadap idea, landskap serta warnanya. 'Dalam daun ada daun, dalam cerita ada cerita' …tidak lagi mementingkan plot dan episod bagi menganyam idea-idea. Pemikiranlah yang mengembara, menelusuri denai-denai yang yang menyembunyikan kebenaran dan kebatilan. Sifar yang sarat dengan visi dan kompleksiti, berdepan dengan Tan Da-U yang idealistik-simplistik. Dia juga mendepani hujah-hujah serta pandangan-pandangan lain yang saling berantakan dan bercakaran dengan ilmu dan ketauhidan, di samping pengertian kesetiakawanan apabila menghadapi cabaran dan dugaan. Bagai Sifar, ketidaktentuan adalah kesementaraan di dalam perjalanan menuju ketentuan dan keabadian. Akhirnya, ketentuan Ilahiahlah yang bakal mewaraskan segalanya. Dan dia menyedari, "dedaunan telah gugur menimpa siapa dan ke atas apa". Siapakah Sifar? Bagaimana dengan Tan Da-U? Daun mencabar anda untuk menjawab teka-teki itu.