|
Dalam Dusun Melayu
SKU: 9789834607678
PENULIS / PENYELENGGARA: Ismail Saidin ISBN: 9789834607678 HALAMAN: 332 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Sebelum kedatangan kuasa Barat ke Alam Melayu, nenek moyang kita pada zaman dahulu telah pun mempunyai ruang perkebunannya sendiri. Ruang perkebunan yang dominan dalam kehidupan orang Melayu ialah dusun. Dalam ruang ini, nenek moyang kita mendomestikasi kepalbagaian jenis buah-buahan, bukan sahaja untuk dimakan tetapi juga untuk diwarisi kepada generasi akan datang. Konsep penanamannya menjurus kepada konsep alam semula jadi. Kedatangan kuasa Barat seperti British, Belanda dan Sepanyol ke Alam Melayu pada kurun ke-15 dan kurun ke-16 memperkenalkan kepalbagaian tanaman dari luar. Di Malaysia, ahli-ahli sains berbangsa Inggeris bukan sahaja membawa tanaman dari luar negara tetapi juga memperkenalkan sains dan teknik pertanian moden, seterusnya membentuk konsep perkebunan komersial. Hal ini banyak melenyapkan konsep dusun Melayu hingga banyak tanaman yang tidak bernilai komersial terus terbiar dan diancam kepupusan. Dalam buku ini, penulis memperkenalkan jenis tanaman yang telah dipilih dan ditanam oleh nenek moyang kita. Penulis juga berpendapat bahawa banyak jenis tanaman ini tidak lagi dikenali oleh generasi sekarang, walhal tanaman ini merupakan warisan negara. Buku ini amat sesuai sebagai rujukan pelajar dan pengkaji dalam bidang hortikultur dan botani, serta mereka yang berminat dalam usaha pelestarian kepelbagaian biologi, alam sekitar dan tanaman.