|
Ceritera Bahasa
SKU: 9789836240378
PENULIS / PENYELENGGARA: Awang Sariyan ISBN: 9789836240378 HALAMAN: 210 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Perkembangan sesuatu bahasa memang sarat dengan peristiwa dan cerita. Bahasa Melayu tidak terkecuali dalam hal ini. Perkembangannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, dan bahasa pengucapan seni dalam iklim transformasi budaya masyarakat penggunaanya memaparkan pelbagai episod yang menarik, merangsangkan, tetapi kadang kala mencemaskan dan mengecewakan. Buku ini menyajikan seribu satu cerita yang menyerlahkan sikap, tanggapan, dan peranan golongan-golongan penentu dalam masyarakat berbahasa Melayu di Malaysia. Setiap tulisan dalam buku ini berlatarbelakangkan isu semasa yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu dalam era pascamerdeka. Penulisnya telah melakukan analisis yang mendalam dan kritis tentang setiap episod dan mempersembahkan Ceritera Bahasa ini dengan pendektan yang menarik.