|
Buku Cerita Perangsang Minda Kanak-kanak
SKU: 9789834619312
PENULIS / PENYELENGGARA: Affizal Ahmad ISBN: 9789834619312 HALAMAN: 100 |
SINOPSIS:
Buku cerita dan kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan. Eratnya hubungan antara buku cerita dengan alam kanak-kanak boleh diibaratkan seperti "isi dengan kuku". Buku cerita memainkan peranan yang penting dalam menyokong perkembangan minda, melengkapkan kemahiran bahasa dan komunikasi serta memantapkan interaksi sosial, emosi, tingkah laku dan moral kanak-kanak. Buku Cerita Perangsang Minda Kanak-kanank mengandungi maklumat dan tentang kepentingan membaca cerita dalam kalangan kanak-kanak pelbagai peringkat umur. Maklumat yang terkandung dalam buku ini berguna untuk mendidik pembaca, khususnya ibu bapa dan guru dalam mendidik kanak-kanak. Keistimewaan buku cerita mampu memupuk perkembangan bahasa, keperibadian yang mantap, dia samping menerapkan unsur jati diri yang kental. Aktiviti pembacaan buku cerita bersama-sama kanak-kanak mampu menyokong perkembangan bahasa kanak-kanak , khususnya kepada kanak-kanak autistik yang mengalami masalah bahasa. Untuk itu, jangan lepaskan peluang untuk membaca Buku Cerita Perangsang Minda Kanak-kanak kerana pembaca akan berasa sungguh bertuah dengan ilmu dan manfaat yang terkandung di dalamnya.