|
Bidalan Tentang Manusia dalam Al-Qur'an
SKU: 9789834609351
PENULIS: Mohd Sukki Othman, Arieff Salleh Rosman ISBN: 9789834609351 HALAMAN: 186 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Bidalan dan kiasan sememangnya menjadi mainan bibir masyarakat dan sering diungkap untuk mengindahkan kata ibarat. Di samping menjadi pemanis bicara, bidalan juga digunakan untuk menyampaikan maksud sindiran dan tempelak secara berhemah. Dalam tatabahasa Arab, al-Mathal seerti dengan bidalan. Bertepatan dengan kaedah bahasa, al-Mathal banyak terdapat dalam al-Qur'an dan hadith yang menjadi pegangan umat Islam sejak zaman berzaman. Pelbagai perumpamaan digunakan untuk menggambarkan sesuatu sebagai pengajaran dan iktibar berdasarkan hal yang berlaku ketika itu. Perbahasan mengenai sebab dan kesan al-Mathal terhadap masyarakat juga dikupas secara terperinci. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan penuntut institusi pengajian tinggi, para pelajar, guru bahasa, pencinta al-Qur'an juga masyarakat umum.