LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Apa yang Anda Perlu Ketahui Tentang Endometriosis
Apa yang Anda Perlu Ketahui Tentang Endometriosis
SKU: 9789834614539
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:

Nik Hazlina Nik Hussain, Nur Emilda Abdul Mutahar, Nur Farihan Othman

ISBN:

9789834614539

HALAMAN:

101

Senarai Harga | RM 22.00
Harga Jualan | RM 17.60
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Kira-kira 80 juta orang wanita di seluruh dunia dikesan menghidap endometriosis ketika berada dalam fasa subur atau tempoh produktif untuk melahirkan anak. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit endometriosis? Adakah penyakit ini berbahaya sehingga boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa wanita? Endometriosis ialah masalah sakit puan (ginekologi) yang berlaku apabila tisu yang sepatutnya hadir dan meliputi bahagian dalam rahim (yang akhirnya keluar sebagai darah haid) ditemui tumbuh di kawasan luar rahim. Mengapa masalah ini berlaku dan apakah puncanya? Buku Apa yang Anda Perlu Ketahui Tentang Endometriosis ini merungkaikan segala masalah yang berkaitan dengan masalah tersebut. Antaranya termasuklah jenis, sebab dan gejala endometriosis, kaedah pemeriksaan yang dijalankan untuk menentukan diagnosis, hubung kait antara endometriosis, infertiliti dan kehamilan serta rawatannya. Kepada wanita yang telah disahkan mengidap endometriosis, anda tidak perlu risau kerana masalah ini bukan kanser. Kaedah rawatan peringkat awal dapat mencegah penyakit ini daripada menjadi bertambah teruk. Tanamkan dalam diri bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan pencegahan awal dapat menjamin kehidupan menjadi lebih selesa dan bermakna.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder