|
Anakku Sindrom Down
SKU: 9789834615079
PENULIS / PENYELENGGARA: Asma Abdullah ISBN: 9789834615079 HALAMAN: 99 TAHUN CETAKAN: 2014 |
SINOPSIS:
Buku ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi penulis yang mempunyai anak sindrom Down. Perkongsian ini bertujuan untuk memaksimumkan potensi bayi dan kanak-kanak sindrom Down. Buku ini turut mendedahkan kepada ibu bapa kemungkinan masalah perubatan yang akan dialami oleh anak sindrom Down serta ujian klinikal yang sepatutnya dijalani oleh mereka. Hal ini supaya ibu bapa tahu risiko anak mereka dan bukannya mendapatkan rawatan setelah terdapat komplikais. Tanggapan bahawa bayi sindrom Down mempunyai masalah terancal akal perlu diubah. Melalui ujian dan pemeriksaan yang dijalankan, beberapa masalah dapat dikurangkan dengan bantuan doktor, pegawai pemulihan pertuturan, audiologi, terapi cara kerja, guru tadika dan guru sekolah. Yang paling penting anak istimewa ini boleh membesar dengan baik dan sempurna dengan penjagaan kasih sayang yang ikhlas daripada keluarga, terutamnaya ibu bapa. Semoga buku ini dapat dimanfaat oleh pembaca, khususnya ibu bapa yang mempunyai anak sindrom Down agar mereka dapat berdikari dan seterusnya dapat mengusahakan kejaya mereka sendiri kelak.