|
Aktifkan Pemasaran Anda!
SKU: 9789834614591
PENULIS / PENYELENGGARA: Yeop Hussin Bidin ISBN: 9789834614591 HALAMAN: 148 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Pengusaha, pengilang, penjual, pembeli, pemborong - ejen pemasaran. Elemen ini terangkum dan saling memerlukan antara satu sama lain untuk menjamin keberkesanan aktiviti jual beli. Dalam hal ini, pengurus pemasaran perlu bijak membuat perancangan dan bertindak sebagai menyusun, penyelia, pengarah, pemimpin dan sentiasa menjadi pemantau serta pengawal pelaksanaan aktiviti pemasaran. Aktiviti pemasaran bukanlah suatu usaha yang statik. Pelbagai kaedah mesti diusahakan untuk memenuhi kehendak pasaran. Fikiran dan tenaga juga perlu digembleng bersama demi memastikan barangan yang dihasilkan dapat dipasarkan dengan jayanya. Buku ini memaparkan konsep dan faktor keaktifkan pemasaran untuk melariskan jualan. Dengan terhasilnya buku ini diharap dapat memberikan rangsangan dan dorongan kepada pengusaha dan penjual agar mampu bertindak dengan lebih efisien dan berdaya saing sekali gus berjaya memasarkan barangan secara lebih efektif.