LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
13 Mei 1969 di Kuala Lumpur
13 Mei 1969 di Kuala Lumpur
SKU: 9789834607067
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Abdul Rahman Ibrahim

ISBN:  9789834607067

HALAMAN:  142

TAHUN CETAKAN:  2015

PENERBIT:  DBP 

Senarai Harga | RM 16.00
Harga Jualan | RM 12.80
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur memaparkan kewujudan masyarakat majmuk dan hubungan kaum sejak kedatangan imigran ke negeri-negeri Melayu dan campur tangan British sehingga berlaku Peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Buku ini cuba menghubungkaitkan beberapa isu nasional yang dikatakan menjadi pemangkin kepada tercetusnya peristiwa 13 di Kuala Lumpur. Antaranya ialah dasar-dasar yang diamalkan oleh Britsh, layanan tentara Bintang Tiga terhadap orang Melayu selepas era pendudukan Jepun, hak istimewa orang Melayu di negara ini yang dipertikaikan oleh kaum Cina, iaitu yang berkaitan dengan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi Malaysia, serta ketidakadilan dalam pendidikan dan perkhidmatan awam terhadap orang bukan Melayu. Buku ini juga melihat hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina yang sentiasa tegang pada akhir tahun 1960-an, serta melihat bagaimana konflik politik, konflik sosial dan konflik ekonomi mendorong kepada tercetusnya peristiwa tersebut. Buku ini penting sebagai suatu usaha untuk memaparkan sejarah tanah air dengan lebih jelas kerana sejarah hitam ini kerap dilihat dari sudut yang emosional. Buku yang mengemukakan data komprehensif ini dapat dipertanggungjawabkan dan boleh membantu pengkaji-pengkaji lain mengetahui perkara sebenar di sebalik Peristiwa 13 Mei 1969. Semoga peristiwa ini menjadi iktibar, teladan dan pengajaran kepada kita semua.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder