|
100 Persoalan Mengenai Pemindahan Darah
SKU: 9789834617707
PENULIS / PENYELENGGARA: Wan Haslindawani Wan Mahmood ISBN: 9789834617707 HALAMAN: 103 |
SINOPSIS:
"Doktor, adakah darah yang saya terima ini selamat? Adakah saya boleh mendapat HIV selepas menerima bekalan darah baharu"? Begitulah antara persoalan yang sering dilontarkan oleh pesakit apabila doktor menerangkan bahawa dia perlu menerima darah baharu. Mengapakah perkara ini berlaku? Adakah benar pesakit akan mendapat penyakit berbahaya kesan pemindahan darah? Buku ini mengupas dengan terperinci tentang proses yang berlaku semasa pemindahan darah. Buku 100 Persoalan Mengenai Pemindahan Darah ini menjawab pelbagai soalan yang sentiasa diajukan kepada doktor mahupun ahli perubatan yang lain. Huraian tentang kesan sampingan dan risiko jangkitan penyakit berbahaya akibat menerima darah yang tercemar berupaya menyakinkan pesakit dan ahli keluarga yang lain. Semoga maklumat berguna yang diberikan mampu mengubah persepsi negatif bukan sahaja dalam kalangan pesakit, malah seluruh anggota masyarakat berkaitan dengan isu pemindahan darah.