|
100 Persoalan Mengenai Intertiliti
SKU: 9789834606244
PENULIS / PENYELENGGARA: Nik Hazlina Nik Hussain, Shaiful Bahari Ismail ISBN: 9789834606244 HALAMAN: 112 TAHUN CETAKAN: 2010 |
SINOPSIS:
Buku bersiri 100 Persoalan Mengenai Infertiliti ini menghuraikan satu per satu kemusykilan yang sering timbul dan menghantui fikiran pasangan yang mengalami masalah infertiliti. Untuk menyenangkan para pembaca, persoalan tersebut telah diatur mengikut tema yang sememangnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan kehamilan, kesuburan wanita dan lelaki, proses pengovulan atau penetasan folikel, persenyawaan ovum dan sperma. Melalui buku ini, pembaca akan memperoleh maklumat tentang rawatan teknik bantuan reprodutif yang terkini yang boleh didapati. Di samping itu, huraian maklumat tentang masalah infertiliti yang lain seperti endometriosis, Sindrom Ovari Polisistik, menopaus pramatang ada dimuatkan di dalam buku ini. Tidak ketinggalan juga cara untuk mengatasi masalah tekanan perasaan yang kerap kali timbul dalam kalangan pasangan yang kurang bernasib baik kerana masih belum mempunyai anak sendiri. Buku ini juga memuatkan perihal anak angkat dan cara untuk menyusui anak angkat secara induced lactation bagi wanita yang belum menopaus dan juga bagi wanita yang telah pun menopaus.