LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
dan Kembara kuteruskan: Koleksi Puisi dan Lukisan Terpilih 42 Tahun 1973 - 2015
dan Kembara kuteruskan: Koleksi Puisi dan Lukisan Terpilih 42 Tahun 1973 - 2015
SKU: 9789834901165
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Mazlan Noor Along

ISBN:  9789834901165

HALAMAN:  212

TAHUN CETAKAN:  2015

Senarai Harga | RM 60.00
Harga Jualan | RM 48.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku ini mengandungi sebanyak 170 buah lukisan dan sketsa serta 84 buah puisi hasil penglibatan penulis dalam menghasilkan karya sejak tahun 1973 sehingga kini. Penulis buku ini juga merupakan seorang pelukis dan pereka bentuk buku yang pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kemudiannya menjadi pelukis bebas. Lukisan, lakaran dan puisi di buku ini dibahagi-bahagikan kepada beberapa bab berdasarkan peringkat dan masa karya ini dihasilkan. Bab awalnya mengenai penciptaan karya penulis yang bermula dengan sketsa dan lakaran di beberapa majalah terbitan DBP. Bab berikutnya memaparkan karya-karyanya yang mengalami evolusi dan pembentukan lukisannnya yang tersendiri. Karyanya yang terkini iaitu siri Zikir terbahagi kepada beberapa tahap iaitu Zikir Pohon, Zikir Pelangi dan Zikir Kaabah. Keistimewaan siri Zikir ini ialah setiap titik, warna di atas lukisan dihasilkan oleh penulis sambil berzikir ketika berkarya. Di bab-bab seterusnya pembaca boleh melihat lakaran dan puisi yang dihasilkan berdasarkan peristiwa dan idea penulis tentang kehidupan. Di akhir bab, pembaca dapat melihat beberapa reka bentuk dan wajah kulit buku terpilih hasil tangan penulis. Bagi melengkapkan lagi karya-karya ini, empat tokoh seni dan penulis iaitu Siti Zainon Ismail, Mohammed Hatta Shaharom, Johan Jaaffar dan Zakaria Ali, telah membincangkan karya ini dari pelbagai sudut melalui rencana mereka.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder