LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Wakaf Tunai: Sejarah, Amalan dan Cabaran Masa Kini
Wakaf Tunai: Sejarah, Amalan dan Cabaran Masa Kini
SKU: 9789834901394
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Razali Othman

ISBN:  9789834901394

HALAMAN: 274

TAHUN CETAKAN:  2015

 

Senarai Harga | RM 28.00
Harga Jualan | RM 22.40
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Amalan berwakaf menggunakan wang, atau lebih dikenali dengan wakaf tunai telah kembali mendapat perhatian masyarakat. Malah, kemunculannya bukan sahaja diterima secara meluas, tetapi juga dianggap sebagai anak kunci yang paling berpengaruh kepada kejayaan institusi wakaf masa kini. Namun, terdapat perbezaan ketara antara wakaf tunai di zaman lampau dengan wakaf tunai sekarang. Dahulu, wakaf tunai dilakukan dengan menggunakan wang emas dan perak sebagai instrumennya. Tetapi sekarang, wakaf tunai dilakukan menggunakan wang fiat. Dengan kata lain, tunai pada zaman lampau adalah dalam bentuk emas dan perak. Sementara tunai sekarang pula adalah dalam bentuk wang fiat. Berlatarbelakangkan senario tersebut, terdapat tiga persoalan yang perlu dirungkai berhubung penggunaan wang fiat sebagai instrumen wakaf tunai. Pertama, apakah pandangan sarjana berkaitan amalan wakaf tunai? Kedua, adalah wang fiat yang tidak disandarkan pada sebarang nilai intrinsik, diurus secara legal tender dan nilainya yang ditentukan oleh kuasa pasaran selari dengan pensyariatan wakaf? Ketiga, apakah strategi yang sesuai bagi merealisasikan wakaf tunai yang mematuhi pensyariatan Islam? Bagi menjawab persoalan tersebut, buku ini telah ditulis dalam dua fasa. Fasa pertama membahaskan tentang sejarah awal perkembangan institusi wakaf, susur galur perkembangannya serta kemunculan wakaf tunai, khususnya di era pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Seterusnya, kemunculan semula wakaf tunai pada hari ini turut dibincangkan dengan memberi fokus terhadap instrumen, mekanisme dan sumbangannya terhadap pertumbuhan sosioekonomi masyarakat. Fasa kedua pula membahaskan tentang wang fiat yang digunakan sebagai instrumen untuk berwakaf pada hari ini. Pandangna para sarjana telah dikupas secara mendalam bagi mencari maksud wang yang bersifat sejagat. Dalil daripada al-Qur'an, al-Hadith dan ijmak ulamak telah turut diketengahkan untuk mencapai tujuan tersebut. Bagi melihat kepatuhan wang fiat dari sudut syarat pula, enam elemen telah dianalisis iaitu falsafah, penciptaan wang, susut nilai, fungsi, urus niaga dan elemen riba dalam wang fiat yang dihubungkan terus dengan tujuan pensyariatan wakaf tunai. Seterusnya, kefahaman masyarakat, pengurusan wakaf tunai dan ciri-ciri wang fiat yang menjadi cabaran sekunder turut dibincangkan. Ironinya wang fiat tidak patuh syarat. Jadi, tunai dalam bentuk wang fiat yang digunakan sebagai instrumen wakaf tunai juga tidak mematuhi hukum syarat. Malah, penggunaanya pula terbukti membawa kepada pelbagai masalah dalam sistem kewangan hari ni. Bagi menangani isu tersebut, pendekatan bersifat jangka pendek dan jangka panjang telah disarankan. Sementara kemahiran pemasaran perkhidmatan bertunjang prinsip Tauhidi perlu dijadikan pra-syarat bagi memastikan kalangan pengamalnya memenuhi tuntutan kepatuhan instrumen wakaf tunai mengikut pensyariatan wakaf, iaitu melakukan amal kebaikan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder