![]() |
Umar Al-Khattab: Insan yang Tajam Fikirannya
SKU: 9789836247964
PENULIS: Amran Kasimin ISBN: 9789836247964 HALAMAN: 174 TAHUN CETAKAN: 2010 |
SINOPSIS:
Umar al-Khattab: Insan Yang Tajam Fikirannya mengisahkan secara jelas, menarik dan kreatif biografi dan ketokohan Khalifah Umar al-Khattab sebelum dan sesudah beliau memeluk agama Islam yang kemudiannya merubah seluruh sikap dan pemikirannya. Buku ini juga mengisahkan peristiwa-peristiwa penting yang dialami oleh Khalifah Umar al-Khattab yang membawa kemasukannya sebagai orang Islam. Beliau terbukti amat tajam akal fikirannya dalam menanggani peristiwa-peristiwa semasa dan kejadian yang berlaku semasa Rasulullah masih hidup atau sesudah wafatnya. Buku ini memperincikan sifat-sifat positif, peribadi unggul, luar biasa dan perwatakannya yang unik dan hebat sama ada sebagai seorang insan mahupun sebagai seorang khalifah al-Rasyidin yang wajar diteladani oleh umat Islam hari ini dalam usaha membentuk masyarakat Islam yang cemerlang, berwawasan dan berkualiti.
![]() |
![]() |