LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Suara Pengguna
Suara Pengguna
SKU: 9789834606732
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Mohd. Hamdan Adnan

ISBN:  9789834606732

HALAMAN:  290

TAHUN CETAKAN:  2012

Senarai Harga | RM 25.00
Harga Jualan | RM 20.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku ini mengandungi 50 buah artikel kepenggunaan dan kebudayaan yang telah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya sejak tahun 1986 hingga tahun 2001 yang masih relevan hingga ke hari ini . Antara bidang kepenggunaan yang disentuh ialah insurans, sewa beli, industri cetak rompak, alam sekitar, harga barangan, pengiklanan, kemudahan awam, perumahan dan sebagainya dalam kaitannya dengan sikap pengguna dan kesedaran pengguna tentang hak-hak mereka. Artikel-artikel dalam buku ini menyentuh sikap pengguna dan kesedaran pengguna dalam semua bidang kehidupan seperti kesihatan, sosial, alam sekitar, pendidikan dan gerakan pengguna yang bertujuan menyedarkan pengguna bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu. Ini penting kerana ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Oleh itu, pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak mereka seperti hak untuk mendapat maklumat, hak untuk membuat pilihan, hak untuk menyuarakan pendapat, hak untuk mendapat keperluan asas, hak untuk mendapat ganti rugi, hak untuk mendapat pendidikan pengguna, dan hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder