LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Siri Penerbitan MABBIM: Tokoh Pembinaan Bahasa Melayu Serantau 35 Tahun MABBIM
Siri Penerbitan MABBIM: Tokoh Pembinaan Bahasa Melayu Serantau 35 Tahun MABBIM
SKU: 9789834601935
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Raja Masittah Raja Ariffin

ISBN:  9789834601935

HALAMAN:  118

TAHUN CETAKAN:  2010

Senarai Harga | RM 20.00
Harga Jualan | RM 16.00
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Buku ini menampilkan tokoh-tokoh penting yang terlibat dalam Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) sepanjang tempoh 35 tahun (1972-2007). Negarawan seperti Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, serta ahli-ahli politik dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) merupakan pengasas dan peneraju MBIM/MABBIM. Pengarah dan Ketua-ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai Pengerusi JKTBM, serta tokoh-tokoh bahasa pula berperanan menentukan semua dasar dan keputusan bagai menjayakan usaha untuk mencapai matlamat dan cita-cita MBIM/MABBIM demi kepentingan semua negara anggota, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam, serta Singapura sebagai negara pemerhati. Diketengahkan juga tokoh-tokoh yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang ilmu dan sumbangan mereka dalam menghasilkan karya dalam bentuk buku yang memberi manfaat kepada institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum. Buku ini merupakan suatu penghargaan atas peranan dan sumbangan tokoh-tokoh MBIM/MABBIM selama 35 tahun, di samping sebagai bahan sejarah dan dokumentasi.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder