LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: Permainan dan Simulasi
Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: Permainan dan Simulasi
SKU: 9789834612214
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS / PENYELENGGARA:  Wan Hasmah Wan Mamat, Nur Munirah Teoh Abdullah

ISBN:  9789834612214

HALAMAN:  102

TAHUN CETAKAN:  2013

Senarai Harga | RM 10.00
Harga Jualan | RM 8.00
cart.soldout
 

SINOPSIS:

Buku Permainan dan Simulasi ini merupakan satu daripada judul dalam Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Buku ini membincangkan salah satu aspek pedagogi yang boleh membanu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Aktiviti dalam kaedah permainan dan simulasi membolehkan pelajar melibatkan diri dalam suasana pembelajaran yang berfokus kepada kemahiran interpersonal. Suasana sebegini bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari, malah dapat menyerlahkan bakat dan potnesi diri mengikut kebolehan dan kemampuan sendiri. Buku ini mengandungi lima unit. Unit 1 mengandungi penerangan tentang maksud dan ciri kaedah permainan dan simulasi. Unit 2 pula khusus membincangkan kepentingan kaedah permainan dan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Unit 3 menjelaskan jenis permainan dan simulasi. Unit 4 pula membincangkan peranan guru dalam melaksanakan kaedah permainan dan simulasi. Akhir sekali , Unit 5 mengandungi contoh modul pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran. Diharapkan buku ini dapat membimbing guru ke arah menjadi guru yang bukan sahaja berupaya menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, tetapi juga berkeyakinan untuk meneroka pelbagai aktiviti yang disarankan bagi mempertingkatkan penguasaan pedagogi guru.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder