|
Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: Pembelajaran Koperatif
SKU: 9789834612207
PENULIS / PENYELENGGARA: Wan Hasmah Wan Mamat, Nur Munirah Teoh Abdullah ISBN: 9789834612207 HALAMAN: 109 TAHUN CETAKAN: 2015 |
SINOPSIS:
Buku Pembelajaran Koperatif ini merupakan salah satu judul dalam Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Buku ini amat sesuai untuk semua golongan pendidik yang ingin mempraktikkan kaedah pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif. Melalui aktiviti pembelajaran koperatif, guru dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam bidang yang dipelajari, di saming membantu guru menjadi pendidik yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Buku ini mengandungi lima unit. Unit 1 mengandungi penerangan maksud pembelajaran koperatif, kebaikan pembelajaran koperatif, elemen dalam pembelajaran koperatif, serta peranan guru dalam pembelajaran koperatif. Unit 2 pula khusus membincangkan kepentingan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan dalam Unit 3 difokuskan kepada kepentingan persediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran, keperluan kepada kepelbagaian kaedah pengajaran, serta amalan refleksi dalam kalangan guru. Unit 4 memberikan penekanan kepada pelbagai teknik dan contoh aktiviti pembelajaran koperatif yang boleh dijadikan panduan untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Unit 5 pula mengandungi contoh-contoh modul pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran. Buku ini diharapkan dapat membimbing guru ke arah menjadi guru yang bukan sahaja berupaya menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, tetapi juga berkeyakinan meneroka pelbagai aktiviti yang disarankan bagi mempertingkatkan penguasaan pedagogi guru.