LOGO
Pembekal, Pengedar Buku Teks, Buku Rujukan Sekolah KBSR/KBSM,
Majalah, Jurnal, Barangan Cenderamata, Pelbagai Terbitan Ilmiah DBP
dan Penerbitan Swasta.
Siri Akidah: Tauhid Kepada Allah
Siri Akidah: Tauhid Kepada Allah
SKU: 9789834603571
+ Tambah ke Senarai Permintaaan

PENULIS:  Rosmawati Ali @ Mat Zin

ISBN:  9789834603571

HALAMAN:  125

TAHUN CETAKAN:  2010

Senarai Harga | RM 8.80
Harga Jualan | RM 7.10
Kuantiti 
 

SINOPSIS:

Akidah yang benar dan mantap merupakan benteng utama untuk mempertahankan iman daripada tumbang dilanda gelombang kesyirikan dan kesesaan yang semakin mengganas. Kekuatan akidah seseorang Mukmin itu terletak kepada sejauh mana keyakinannya kepad Allah SWT. Keimanan yang teguh akan menjadikan seseorang itu meletakkan hanya Allah dan Rasul sebagai tempat bergantung dalam segala hal. Justeru penerbitan buku siri akidah ini merupakan satu panduan kepada pembaca untuk mengutip sebanyak mungkin panduan dan tunjuk ajar demi untuk mengingkatkan keimanan dan ketakwaan. Buku Siri Akidah ini dihidangkan kepada pembaca untuk mengenali dan memahami tentang permasalah akidah menurut fahaman Ahlu Sunnah wal Jamaah. Dalil-dalil khusus mengenai permasalahan akidah turut dibentang dengan jelas bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu, buku ini dipersembahkan mengikut urutan dan aras kefahaman agar pembaca dapat memahami konsep akidah Islam yang benar dan diredai Allah SWT. Dalam buku Siri Akidah: Tauhid kepada Allah ini, penulis memberikan pengertian dan persoalan tentang iman serta rukun iman. Tauhid kepada Allah SWT ialah perkara yang paling penting dan menjadi dasar dalam agama Islam. Oleh itu, pemahaman yang jitu dapat diketahui oleh pembaca melalui buku ini. Semakin luas pembacaan, pengetahuan dan pemahaman pembaca tentang perkara ini diharapkan dapat memantapkan keimanan mereka. Melalui keimanan yang teguh, perkara sam'iat dapat diterima oleh seseorang. Walaupun begitu, semakin mantap keimanan seseorang, semakin banyak ujian yang mendatang. Dengan mengetahui bentuk-bentuk ujian, pembaca dapat menahan diri apabila berhadapan dengan ujian atau kemaksiatan, dan seterusnya dapat menggambarkan dirinya mempunyai keimanan yang sejati.

Cara Pembayaran
Ikut Kami
  • Facebook - Koperasi DBP
  • Twitter - Koperasi DBP
  • © 2015 Copyright of Koperasi DBP (M) Berhad. All Rights Reserved
    Designed by: NetBuilder